Friday, April 17, 2009

Terima kasihlah, Mumtaz

Isnin lalu, blog ini menyiarkan berita Kamaruddin Maidin terlantar tenat di Hospital Kuala Terengganu. Baca di sini.

Esok satu rombongan dari Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) akan melawat Kamaruddin. Kamaruddin kini ditempatkan di wad ICU, Tingkat 3. Masa lawatan akan diberitahu sebaik sahaja mendapat kebenaran dari pihak Hospital.

Pegawai Yakeb, Aminuddin Nasir, menghantar emel kepada media memaklumkan semua Kamaruddin pernah mewakili negara di Sukan Olimpik Rome 1960 bagi acara lompat jauh, SEAP Games 1959 - 1969, dan Pingat Emas bagi acara Long Jump dan Triple Jump.

Lawatan ini akan diketuai oleh Dato' Paduka Dr Mumtaz Jaafar sebagai Pengerusi Eksekutif YAKEB. Terima kasihlah...

1 comment:

Anonymous said...

Menteri baru x nak turun sekali ker...
Kan bagus kalau pi sekali...
yer lar ...
Kena la turun padang...

*nak tumpang kirim SALAMm kat En Aminuddin.