Tuesday, December 15, 2009

Terima kasih Mus dan Kosmo!

Aku terkejut (atau berlakon terkejut) apabila Mustapa Lakawa memaklumkan padaku dia hendak menulis rencana mengenai Sukan SEA dan pengalaman aku membuat liputan temasya itu.

"Ala, kita tak banyak cover SEA Games, yang banyak Tony Mariadass, bacalah blog dia, lebih 11 kali."

"Takpelah, you dah ada sini...sikit aje, saya nak tulis pasal pengalaman menarik buat liputan Sukan SEA...kan saudara dah complete Grand Slam - Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik," balas Mus.

OKlah...maka aku pun serba sedikit menceritakan pengalaman bergaduh dengan Datuk Khalid Yunus, bagaimana Fariq Rahman, sahabatku yang sama-sama membuat liputan di Jakarta pada 1997 digelar Dodi Al Fayed oleh gadis-gadis Indonesia, bagaimana Bernhard Schumm dan pasukan Indonesia terselamat daripada menaiki pesawat yang kemudian terhempas (Malay Mail paparkan di muka depan, hasil tulisan Tony Mariadass) serta kepuasan menyaksikan kemenangan Nazmizan Muhamad dalam perlumbaan 100m dan 200m di edisi di Hanoi 2003.

Aku tidak menyebut bagaimana aku mengejar Karl Weigang untuk mendapatkan komennya selepas Vietnam menewaskan anak buah Claude Le Roy di Chiang Mai 1995, bagaimana kumpulan wartawan Malaysia mengupah pemandu tuk tuk Watanasin atau Hussin untuk membekalkan makanan halal sepanjang temasya dan bagaimana giliran aku mengherdik Ghaz Ramli dan Haresh Deol ketika mereka "bercuti" di Korat 2007.

Aku mengucapkan terima kasih kepada Mustapa, pemenang Kewartawanan Sukan kategori Bahasa Malaysia pada 2005 dan bakal menerima blackberry atas catatan blognya untuk pertandingan Blog 4FT. Mus juga bakal berhijrah ke Terengganu Januari ini, jadi aku adalah kawan untuk buat tempahan khas di mana-mana resort percutian di Pulau Redang! Tahniah juga kepada penolong pengarang sukan Kosmo!, Azizul Fahmi Ahmad Zabidi.

Berikut kenyataan rajanongchik.com

The winners in the media category are Cheong Peck Beng (My Bangsar), Azizul Fahmi Ahmad Zabidi (Cer ita Kemasyhuran Bangunan Sultan Abdul Samad), Mustapa Lakawa (Labuan Duniaku, Syurgaku, W i l aya h k u ), Muzaffar Mustapa (The Actors Studio At Rooftop Lot 10) and Mohd Abdul Radzi Ab Rahman (I Love You KL).

The monthly prizes for each winner in the public and media categories are a Celcom Blackberry 8250 Gemini, two Air Asia tickets to domestic destinations, vouchers worth RM150 from Borders Bookstore and a Celcom Broadband USB stick with one month free usage.

1 comment:

merang kdn said...

bro rizal...saya baca artikel semlm dlm paper kosmo. see ur picture...taken at Nasional Stadium Bukit Jalil kan...time game Kelantan vs Selangor April lalu. Sebelah bro ...obiviously moderator kelate.net. yeahh...i put in my Fb our picture for a sweet memory.