Friday, January 22, 2010

Perginya Nazudeen

Gambar Utusan Malaysia

Tidak pernah lokek senyuman dan kata-kata berunsur gurauan, Nazudeen Mahmud seorang jurugambar yang ceria dan periang. Kehadirannya di mana-mana acara atau sidang akhbar meriuhkan suasana. Selaku "ice-breaker", Nazudeen memanggil sama ada yang dikenali atau tidak dikenali dengan gelaran Yeop.

Semalam, dia dipanggil mengadap Ilahi. Jenazahnya selamat disemadikan di perkuburan Rapat Setia, tidak jauh dari tempat aku membesar pada 70-an.

Berikut laporan Utusan online semalam

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Jurugambar Utusan Malaysia, Mohd. Nazudeen Mahmud meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.

Allahyarham dikejarkan ke hospital tersebut pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi selepas mengadu sesak nafas ketika di pejabat.

Selepas dimandi dan dikafankan, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah keluarganya di Desa Perwira, Ipoh untuk dikebumikan selepas solat asar di tanah Perkuburan Islam, Tambun. - Utusan


Selain bertukar kutukan ketika Nazudeen membuat liputan the Showdown of Champions 2009, Asia versus Russia Disember lalu, aku terserempak dengan arwah di pondok guard Utusan Melayu beberapa minggu kemudian.

"Ai, apa park kereta jauh-jauh, tak boleh lagi jauh ke," arwah menyapa aku. Kami berbincang mengenai sukan dan kerja masing-masing dalam lima minit rasanya. Rupa-rupanya itu detik terakhir aku bergurau dengan Nazudeen.

Selamat jalan Yeop. Moga roh engkau dicucuri rahmat. Al-Fatihah.




6 comments:

Anonymous said...

Takziah dan saya kehilangan seorang lagi kawan pada awal tahun ini. Al Fathihah untuk arwah.

Anonymous said...

bro, takziah to his family. Allahyarham was a good friend, ever jovial and funny. Never a dull moment whenever i bumped into him.

May Allah bless his soul. Al fatihah

khawari

jim morrison wanabe said...

Nazudeen, you still owe me a pic you took of me interviewing Loris Capirossi at SIC some years back.

I'll make sure i'll get it from you one fine day. Till we meet again friend.

RIP.

Anonymous said...

Salam Rizal,

Takziah kepada keluarga Nazudeen, semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman, mula kenal Allahyarham apabila membantu pasukan sepaktakraw media menjalani latihan....

Alfatihah.

Anonymous said...

Salam Rizal,

Takziah kepada keluarga Nazudeen, semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman, mula kenal Allahyarham apabila membantu pasukan sepaktakraw media menjalani latihan....

Alfatihah.

Doctor Romario said...

My deepest condolences...rest in peace Malaysia Super Tiger.



For the Game. For the World.