Friday, February 26, 2010

Razali and Butler

UPDATED with Datuk Razali's response:

Deputy Sports Minister Datuk Razali Ibrahim is bound for England to "make things" happen. If you ask me, enough of these trips lah! Unless if you happen to be a millionaire who owns an event management company eyeing bilateral relations or business opportunities, visits made by politicians and Ministers usually do not accomplish anything. Football is for people with connection, who you know and not what you know lah! Very much like the Mafia...once I posed this question to former FIFA general secretary Urs Linsi...of course he shrugged off the idea!

Updated, a response in Razali's facebook wall:

"Terima kasih Rizal... sebenarnya saya ke sana ialah untuk sign understanding dgn university of Bath tapi tak mau membazir lawatan maka saya penuhkan masa di sana dgn mengunjungi pasukan kita di Slovakia & mengadakan perbincangan dgn beberapa pimpinan di sana... maaf jika media menonjolkan mengenai perkara2 lain sebab itu tugas mereka yg amat mahukan prestasi bolasepak kita kembali cemerlang... apapun jika ada pilihan saya lebih minat utk mengelak kerja jauh2 ni sebab penat & balik bertambah kerja... trust me... nampak tak seperti yg dirasa :-)"


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) tampil dengan idea lebih rasional menggunakan Tabung Pembangunan Bola Sepak sebanyak RM10 juta dengan memilih bakat muda menjalani latihan di Eropah berbanding idea awal menempatkan pemain Bawah 23 tahun negara ke sana bagi tujuan pendedahan dalam tempoh yang panjang.

Bagaimanapun, KBS tidak mahu bersikap terburu-buru dalam memilih kelab mana yang bakal dijadikan pangkalan pemain muda negara mengasah bakat meskipun menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Januari lalu, sudah membuat tinjauan ke kelab Liga Perdana Inggeris, Everton.


Ketika kertas kerja berhubung program pembangunan bola sepak bersama Everton sedang diperhalusi, KBS mengatur langkah untuk mencari pilihan yang lebih baik apabila kali ini mereka mengintai peluang bekerjasama dengan kelab gergasi iaitu Manchester United, Liverpool dan Manchester City.


Rancangan itu akan cuba direalisasikan menerusi lawatan susulan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim selama seminggu bermula Ahad ini.


“Saya akan berada di sana (England) untuk tengok pembangunan bola sepak di Liverpool, Manchester United atau Manchester City serta Everton sekali lagi. Saya meminta kerjasama FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) bagi memberi maklumat dalam mengatur pro- gram saya di sana nanti. “Dana pembangunan bola sepak sudah ada, jadi kita kena segerakan program yang mahu kita laksanakan, jadi dalam rangka lawatan ini saya boleh meneroka lebih peluang dengan kelab lain bukan hanya Everton saja. Kita tidak akan hantar skuad yang sedia ada ke sana, sebaliknya kita nak bawa pemain umur lebih muda bagi program jangka masa panjang,” kata Razali yang ditemui selepas membuat pertemuan dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad di Putrajaya, semalam.


Sebelum ini, KBS bercadang untuk menempatkan K Rajagobal (gambar), jurulatih skuad negara yang menjuarai pingat emas bola sepak Sukan Sea di Laos, Disember lalu, bagi mendapat pendedahan di luar negara bagi memantapkan skuad itu.

Bagaimanapun, rancangan itu dikritik segelintir pihak yang mahu bantuan kewangan yang disalurkan kerajaan itu digunakan bagi tujuan pembangunan peringkat akar umbi.


Razali berkata pihaknya mencari pakej menarik menerusi kerjasama itu bagi memastikan rancangan itu mencapai matlamatnya.


“Kita mahu mengatur program melahirkan pemain skuad kebangsaan, jadi kita kena kenal pasti pemain yang benar-benar berbakat. Cuba bayangkan kalau kita dapat peluang hantar pemain muda ke Manchester United atau Everton, ini pasti akan merangsang minat ramai pemain muda di seluruh negara,” jelasnya.


By the way former Kelantan coach Peter Butler has few good words to say about Malaysian football...


Exclusive: Peter Butler - Football In Malaysia Is Falling Apart
Not all is well with the world of Malaysian football according to an old Asia hand...
By John Duerden
Feb 24, 2010 2:59:00 AM
Peter Butler
Photo Gallery
Zoom
Peter Butler
Related Links

Peter Butler left Malaysia club Kelantan in 2009 to head to Myanmar and Yangon United and the English coach has no regrets.

The former West Ham United midfielder has a wealth of experience coaching in South-East Asia and believes that Malaysian football has problems.

“I went to Yangon because it was a new challenge and I was a bit disillusioned with Malaysian football,” Butler told Goal.com.

With experience in Singapore, Indonesia, Australia and well as England, Butler points to the fact that clubs can't look overseas for talent as a major failing.

“No foreign players are allowed, terraces are empty and the game is falling apart there. I have since been proved right as the fans are deserting the game there – except those of my old team Kelantan.

"The No-Foreigner rule in Malaysia is destroying the game there."

There was some good news for Malaysia as the under-21 team triumphed at the SEA Games late last year but Butler believes that the win is not as meaningful as some may think.

"You can forget what happened in the SEA Games. Malaysia just got lucky and half the teams sent very young teams," he claimed.

You can’t judge how your domestic league is progressing by how you did in the SEA games - it is a sub standard competition these days."

19 comments:

Anonymous said...

Bagi la peluang MP Muar tu cari angin baru di England selepas Bosnya pergi baru2 ni..Sokong la usaha KBS ni sebab KBS kan bermaksud Kementerian Bola Sepak, sukan lain tak penting beb walaupun sukan lain banyak potensi yang lebih cerah untuk meraih kemenangan. Biarlah KBS dengan angan-angannya nak membawa pemain-pemain muda kita berlatih dengan 'Top 5' Liga Inggeris. Kita tengok je le nanti yang mana yang akan berjaya Bosnya atau Timbalannya. Kalau tak berhasil jugak kita minta seorang lagi Timbalan Menteri Kementerian Bola Sepak untuk membuat tindakan sususlan. BTW kalau Mr. LC tau ada tak Mesir yang jadi champion Piala Afrika baru ni buat tinjauan yang sama untuk bagi pendedahan pada pemain mereka??? Kalau ada bermakna Kementerian Bola Sepak berada pada landasan yang betul, otherwise kita lebih 'advance' daripada Mesir. Dengar kabonya juga ada pegawai-pegawai FAM dah berlumba-lumba melobi nak gi buat 'tinjauan' ke Piala Dunia Afrika..Untung badan!! Jurulatih - juruletih di FAM tak perlu pergi sebab lagi baik duduk kat Kelana Jaya buat 'studi' di ofice je..Lagipun kan ada 10 Juta yang disediakan Kem. Bola Sepak....

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

Bnag Rizal, bagi la chance sedikit kepada Timbalan Belia dan Sukan pergi makan angin la. Semua dalam sukan dapat pergi di sini sana. Ini peluang sikit la.

MatRock said...

SELEPAS Everton, kini beberapa tempat baru - Liverpool, Manchester United atau Manchester City - turut tersenarai sebagai pilihan memenuhi hasrat kerajaan yang ingin melihat pembangunan bola sepak bermula daripada peringkat akar umbi.

Fuyooo...orang politik ni tak lekang di bibir bercakap pasal akar umbi. Depan pengundi dia cakap akar umbi... dalam sukan pun dia sebut juga akar umbi...

Saya bangkang LC 100 persen... Apara LC ...belum apa-apa lagi LC dah kondem...Bagi la chance org no 2 KBS tu pulak jalan-jalan sikit bro...Kalau org No. 1 boleh pi Everton dan bawak balik hasil yang boleh tahan lumayannya, skrg giliran org no. 2 pulak pi MU, Liverpool, etc bro.... Balik nanti kita pakat reramai tunggu kat KLIA siap dengan sepanduk tunggu kepulangannya...

Bila nak bercakap pasai akar umbi ni biarlah pakai kepala bro... jangan pakai kepala lutut...
Kalau setakat akar-akar halus yang lembek dan cenonet je nak htr pi traning kat kelab ternama dunia tu rentingkan lah... Kelab-kelab di sana bukan untuk budak-budak yang baru nak belajar sepak bola. Sekurang-kurangnya, kelompok tu dah reti timbang bola dua tiga kali baru boleh kita hantar....

Akar umbi sepatutnya dipupuk dan dibaja di sini. Bila akar tu dah segar bugar, baru kita hantar merantau ke negeri orang. Persoalannya, apakah kita benar-benar dah tarok baja yang betul terhadap akar-akar tu atau kita sebenarnya tanpa disedari telah memijak dan cantas akar tu?

Bekas orang No. 1 KBS yang kini jaga harga barang, pernah umumkan KBS akan anjurkan liga antara Mukim, Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Ni nak tanya, mana liga tu?
Nasib baiklah rakyat 1Malaysia ni cepat lupa... kalu tak, serabut kepala org no. 1 skrg nak jwb...

Itu hal KBS. FAM pulak mcm mana? Akar umbi dah besar panjang ke?

Kalau nak tau, dulu ada LIga antara akademi bolasepak negeri (bawah 16). Tapi mulai musim 2007, liga ni entah kemana perginya. Lesap macam tu jer...

Cerita dulu juga... Ada LIga Belia untuk bebudak bawah 19. Team dari Liga super diwajibkan hantar pasukan untuk piala belia ni dan Piala Presiden sementara team dari liga premier hanya wajib hantar pasukan untuk Piala Presiden
saja. Malangnya, piala belia ni berkubur tanpa nesan sejak 2008.

Nak dijadikan cerita, musim 2010 lagi haru. Team-team dari liga premier ikut suka hati nak hantar team untuk piala presiden atau tak. Hasilnya, hanya T team, PKNS dah Shahzan muda saja yg ada team dlm piala presiden. Team lain boliau...
Lebih malang, team liga super pun rupanya dah tak wajib hantar team. Itu sebab tiada Nama KL PLus dalam senarai jadual yang dikeluarkan oleh MSL.... Lebih malang, ahli gabungan FAM iaitu polis dan ATM turut angkat kaki dari piala Presiden...

cerita dulu juga... semua team diwajibkan daftar 2 org pemain pawah 21 dalam senarai pemain bagi setiap perlawanan dan seorang mesti main full time. Tapi start tahun ni, peraturan tu dibakul sampahkan jer...

Itulah sedikit sebanyak 'kejayaan' KBS dan FAM dalam ertikata membangunkan bolasepak di peringkat akar umbi....

Yang nyata, akar entah ke mana... umbi pun entah lesap ke mana....

MatRock

Anonymous said...

Apa hasil lawatan Shaberry Chek dan SU FAM ke London bulan lepas? Dah ramai ke bebudak Malaysia main kat EPL? heheheheh

SEEDEMONEYGO said...

Rizal

You are naive la bro, Don't you know the economy is bad, look at all govt departments, budget cut man, Look at MSSM BUDGET SLAUGHTER MAN, and of course SPORTS MURDER BRO.

So every sen spent must be rational, and seen to be useful and even maybe fruitful.
Boss go oleady now assistant go la. Malaysian people stupid what, Only people in power know how to do development of sports.

SEEDEMONEYGO
Batu Road

Man KL said...

fifa gen sec bukan urs linsi dan bukannya azzudin

Bapak anak akar umbi said...

Its high time these morons talk with the people behind the National Junior Community Football League - Piala Sultan Ahmad Shah. These guys know what need to be done for grassroots development.

KBS, you got to develop our akar-umbi first before sending them to Europe.

We have a gem of a Junior League here (its shown on Astro) and our so called football brains are just to blind to see a good thing.

Akar Tunjang said...

Kepada PAk Timbalan menteri cuba try tanya kat pegawai belia daerah sama ada di daerah masing-masing pihak persatuan bola daerah ada anjurkan liga daerah....Jangan tanya pada pihak FA negeri sebab kemungkinan depa akan kata liga tu memang sedang berjalan...

Kalau ada pun boleh dikira dengan jari kelingking...
Mana hilangnya liga daerah Tampin, Kuala Kangsar, Bentong, Kangar, Kajang, Sabak Bernam, Serian, Sandakan?
Di daerah2 terpencil inilah mungkin terselit sebutir permata yang jika digilap, mungkin dapat mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak kita. Mungkin dan mana tau kan....

teachuhman said...

Dear rizal

Watching our men against the Yemeni was an enlightening experience. They have improved and infact the game even bordered on entertaining. The score could have been 2 - 0 if the earlier shot at goal was not foiled by the crossbar.
Our team had urgency and their fitness was not dissapointing.
I would say that they did give Yemen a run for their money.
Sadly the dissapointment came from the number of the home fans which was a shame. Many prefered the 'sure heboh' thingy outside . The traffic crawl was due to this 'pasar malam' show rather than to watch the national team in action.
Our citizens only condemn and demand results but not many contribute to development.
There was no live or delayed telecast which is actually one way of popularising the sport and given due publicity, maybe the fans will return.
Lastly, I must say the team is showing hope and my personal congrats to Rajagopal and his men.
Keep it up. Nothing is impossible.

Anonymous said...

teachuhman,
program jom heboh dah plan lama dah. mengapa masih adakan game pada hari sama?
mungkin juga org ramai x mao sangkut dgn trafic jem, so libih baik dok rumah saja...

Tv juga ada live selangor lawan pineng. Chelsea lwn man City. Jadi banyak pemilihan boleh dibuat la.

Hakim Amir said...

Rizal, last I checked, in Muar (my adopted town), there's no Liga Daerah Muar.. in fact the local council team (MP Muar FC) doesn not even play their home games in Muar (they play in Larkin)...

And i was in Kluang over the weekend with my wife, her sister and her sister's hubby and the kids.. the Stadium Majlis Perbandaran Kluang is in an embarassing condition...many chairs missing yada yada etc u know the drill..but me, my bro in law and his daugther managed to run a lap at the stadium, just for fun ...

oh well...

Anonymous said...

@Mat Rock:

"cerita dulu juga... semua team diwajibkan daftar 2 org pemain pawah 21 dalam senarai pemain bagi setiap perlawanan dan seorang mesti main full time. Tapi start tahun ni, peraturan tu dibakul sampahkan jer..."

jangan condemn hanya sebab ni. at least untuk 1 pasukan negeri yang saya tahu, mereka lebih suka peraturan tu ditiadakan sebab attitude pemain bawah 21 lebih 'complacent' bila dia tahu mahu tidak mahu, ada peluang untuk mereka ditempatkan dalam pasukan. hasilnya, attendance ke mana, motivation ke mana.

langkah damai said...

bla bla ble blublebla ...
pi mai pi mai tang tu...

Anonymous said...

Anon 6.44,

....jangan condemn hanya sebab ni. at least untuk 1 pasukan negeri yang saya tahu, mereka lebih suka peraturan tu ditiadakan...

HADOHAI ANON 6.44,
ITU SEBAB MATROCK KATA SEMUA PIHAK TAK TITIKBERATKAN SOAL AKAR UMBI. YANG DEPA PANDAI HANYA CAKAP AKAR SANA... UMBI SINI... TAPI APA YG DEPA IMPLEMENT HABOK PUN TADAK.

PIHAK BERWAJIB MENGAPA IKUT TELUNJUK PERMINTAAN FA NEGERI?

Anonymous said...

Hello bro...I thought that University Bath punya story is an old story la bro.Itu masa Azalina pun dah melawat.Menteri Shabery pun dah berjalan ke Bath baru-baru ni.Tak salah I katanya dah sign pun MOU dengan Bath University.So,ini nak sign apa lagi pulak ni.Mungkin dah habis tempoh MOU dulu tu.Agaknya YB-YB ni tak diberitahu cerita sebenar agaknya.

Min Kodiang Boy said...

Rizal, pasal apa hang komen hal pengadil memandai-mandai dalam Wisel Penamat.

Hang kalau tak tau, berguru dulu dengan Tok Guru yang kat fam tu.

Ramli Ghouse said...

Min kodiang boy,
Tianaseng punya mamat kodiang.......awat hang kalut pasai pengadil ni? Dalam kepala hang ni penuh dengan hasat dengki tau dak? Niamasohai hang...
Hang tau dak, kalau guru tu tadak, arwah Nazri sampai akhir hayat tak reti nak tiup wisel...(Al fatihah buat kekanda Nazri)...

Pak Nik nak angkat bendera pun tercabut bendera dari tiang... Amir Maldive nak bagi kuning pun tersalah bagi kad merah...

Hang kena akui, kalau tok guru tu tadak, budak sukidin tu jangankan nak pi world cup, nak naik honda cup pun jangan mimpi....

Samdol punya Min kodiang...

Min Kodiang Boy said...

HOI rOMLI GHOUSE, KAU SEDARA RIZAL KE NAK COVER DIA SANGAT? DIA TAK DE MENDE PUN?

KALAU KAU BERANI, KAU BELASAH LE ORANG YANG MENGAKU TOK GURU TU????

TOK GURU TU ADA MURID 2 ORANG JE KE?

Anonymous said...

My personal opinion, these visits are just leisure trip. The Minister/Deputy M could have been misled by those who wanted free trips. I don't see much rational on why MU, Man City, Everton etc being chosen except for their 'position' in the EPL? If they're serious, and honest at improving local football, they should visit The Academy of Football aka West Ham United FC. Proven to be successful at coaching young talents.

Just imagine what could have happened if Tony F managed to take over West Ham United FC.

Hammer