Saturday, July 24, 2010

FAM perlu pemimpin sejati, ikhlas serta jujur!

Seronok membaca pendapat, analisis dan ramalan dalam media berhubung pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sabtu depan.

Harian Metro


Kosmo
Muka belakang Kosmo hari ini

Ruangan Garis Tepi nukilan aku


MENJELANG pemilihan pemegang jawatan tertinggi di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 31 Julai ini, penulis mengajak pembaca mengimbau sejarah, merenung sejenak sumbangan ahli politik dan kakitangan kerajaan serta pentingnya pengaruh dan kuasa politik untuk bukan saja membuat keputusan, bahkan melaksanakan dasar.


Dari 1951 hingga 1974, FAM dikepalai oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Dalam tempoh itu, Tunku mengilhamkan Pestabola Merdeka sambil Malaysia memenangi pingat gangsa Sukan Asia Jakarta 1962, layak ke Sukan Olimpik Munich 1972 dan mengutip pingat gangsa Sukan Asia Tehran 1974.


Kaji pula antara individu yang menganggotai majlis FAM 1958 – Tunku Abdul Rahman diapit oleh dua penjawat awam, Jamil Rais (Tan Sri) yang ketika itu Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (kemudian Ketua Setiausaha Negara), Datuk Zainal Abidin Abas (Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan), ahli perniagaan Negeri Sembilan, Lim Kee Siong dan H.M. Lee, adik H.S Lee. Setiausaha Agung – bekas pemain kriket, Datuk Kwon Kin Keng.


Dalam ekosistem yang sama, seorang Menteri Kabinet, Tan Sri Hamzah Abu Samah yang menerajui FAM dari 1976 hingga 1984, berbangga dengan rekod Malaysia mara ke pusingan akhir Piala Asia 1976 dan 1980 serta layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 sebelum kerajaan memulau temasya itu. Pada 1977, usaha Malaysia untuk pergi jauh dalam pra-Piala Dunia tersekat dek kekalahan kepada Singapura.


Senarai jurulatih dari 1951 hingga 1983 pula bersilih ganti kerana pelantikan yang dibuat secara ad-hoc dan amatur. Tidak hairan jika pasukan negara dikendalikan oleh M. Chandran dalam Pestabola Merdeka tetapi untuk ke Sukan SEA beberapa bulan kemudian, skuad kebangsaan dipimpin Mohd Che Su.


Sultan Ahmad Shah mengambil alih tampuk kepemimpinan FAM pada 1984 dan masih bertahan sehingga hari ini biarpun diasak dari pelbagai sudut.


Sepanjang tempoh itu, pasukan negara tewas pada pusingan pertama kepada Korea Selatan dalam perebutan tempat ke Piala Dunia 1986, memenangi pingat emas Sukan SEA 1989, tempang pula akibat skandal rasuah yang meragut lebih 100 pemain berbakat, naib juara Piala AFF 1996, mengutip pingat perak Sukan SEA 2001 dan merebut semula pingat emas Sukan SEA 2009.


Dari sudut pengurusan, FAM mengilhamkan liga semi-pro pada 1989 yang diwarnai oleh bintang asing sebelum bertukar profesional sepenuhnya (hanya pada nama) pada 1994.


Kaji pula antara individu yang menganggotai majlis FAM sekitar 1992. Bekas menteri kabinet, Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail selaku Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tan Sri Elyas Omar, Datuk Abu Bakar Daud dan Datuk Suleiman Mohd Noor sebagai naib presiden. Setiausaha Agung – bekas guru Datuk Paul Mony Samuel.


Sambil menyumbang secara sukarela, kebanyakan pemegang jawatan FAM mempunyai karisma dan pengaruh tersendiri dalam iklim dan budaya politik negara.


Di sebalik kejayaan skuad 1972 ialah Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor dan Naib Presiden FAM ketika itu. Harun disifatkan sebagai pemimpin yang disegani dan memahami pemain bawahannya.


Elyas, sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur pemikir di sebalik kemunculan Kuala Lumpur sebagai kuasa bola sepak tempatan pada hujung 1980-an selain memacu kehebatan pasukan badminton dan lumba basikal kebangsaan, manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Suleiman bergolok gadai membangunkan bola sepak Johor.


Di Kedah, Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, sinonim dengan kebangkitan Hijau Kuning, dengan ideanya mewujudkan program pembangunan yang terus dinikmati sehingga hari ini.


Dalam lanskap sosio-politik negara, Harun, Elyas, Suleiman dan Ahmad Basri bijak menggunakan kedudukan dan pengaruh mereka untuk membangunkan modal insan di kalangan atlet, lalu diterjemahkan ke dalam bentuk kejayaan. Jadi untuk menolak sumbangan ahli politik dan penjawat awam adalah kurang bijak.


Adakah lagi individu yang ikhlas, berwawasan, sarat dengan idea bernas, pakar motivasi dan bijak memimpin sesama insan serta memiliki kedudukan dalam masyarakat untuk dicalonkan bagi membantu FAM berada di landasan yang betul?


Berapa ramai pula di kalangan tokoh korporat dan ahli perniagaan yang mahu berkongsi pengalaman untuk menerajui FAM secara harian sambil tidak memikirkan margin keuntungan?


Dalam senarai pencalonan FAM untuk jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan anggota jawatankuasa eksekutif, hanya segelintir memiliki pengetahuan, wawasan, bersifat global dan ikhlas. Mereka sedar siapa mereka. Kaji juga sumbangan mereka di peringkat daerah dan negeri.


Namun jika kelompok yang tidak berwawasan ini berjaya menaiki tangga FAM hasil komplot jatuh menjatuhkan orang lain, penulis tidak melihat ada sinar di hujung terowong buat bola sepak negara.


Dalam analisis akhir, FAM wajib dikendalikan secara profesional dan pada masa yang sama, mesra penaja dan media tanpa mengira latar belakang. Soalnya, adakah ia fantasi atau realiti?

10 comments:

Ramlee Ghouse said...

AKU masih tidak berganjak drp pendirian awal bahawa, peneraju utama sekretariat lebih penting drp segala-galanya...

Pilih la Blatter ke...Platini ke... atau sapa saja yg pegang tampok no 1, kalau arahan dan keputusan yg dibuat tidak dilaksana atau acapkali diputarbelitkan, maka habok pon tarak....

Anonymous said...

Bukan menidakkan idea kmu... tp bola sepak skrng sudah berubah dari format, corak permainan dan sebagainya... kalau dulu Pele, Maradonna atau Allahyarham Mokhtar adalah bintang tp skrng begitu bnyk bintang... Kalau Zaquan diletakkan di zaman dulu pun... dia pasti dianaggap bintang... jd seharusnya pemimpin haruslah yg bijak dan berpengetahuan tentang Bola Sepak... sedangkan isu politik negara boleh huru hara apatah lg FAM...

PUTERA KAJANG said...

MENGHARAPKAN wujudnya pemimpin ikhlas dan jujur menerajui FAM sama lah seperti kita percaya satu hari nanti akan lahir lembu generasi baru - boleh terbang!!!

Sebenarnya, bukan saja FAM, malah persatuan lain - badminton, renang, olahraga sekadar menyebut beberapa persatuan - semuanya diterajui oleh mereka yang berkepentingan.

Menguar-uarkan kononnya mereka mahu mengembalikan zaman kegemilangan - pernah gemilang kah? - hanya sekadar untuk menghalalkan mereka duduk di kerusi berkenaan seberapa lama yang boleh.

Kita tidak boleh mengharapkan ada pegawai yng jujur dan ikhlas akan turun dari langit untuk kendali persatuan sukan. Tidak mungkin.

Yang penting ada pegawai yang berkebolehan, memahami selok belok sukan, sedia menerima pembaharuan, itu sudah dikira bagus.

tapi silih berganti pemimpin, hampir semua tidak paham apa yang mereka lakukan. Mereka hanya sekadar meneruskan legasi, mencari glamor dan publisiti murahan.

mereka tidak pernah berasa bersalah apabila pasukan negara kena belasah. mereka ada seribu alasan mempertahankan diri sekalipun alasan yang diberi sekadar memperbodohkan diri sendiri.

Sudahlah Rizal, aku letih tengok perangai depa nih.

Ketepikan soal ikhlas atau jujur - sukar untuk menilai keikhlasan dan kejujuran sebenarnya - tapi kita boleh lihat ada beberapa pemimpin sebelum ini berjaya melaksanakan misi mereka walaupun tampak ada kepentingan tersendiri.

Aku tak paham, bagaimana orang seperti Shahidan Kassim mahu pimpin badan sukan. Kalau bole semua persatuan dia nak jadi presiden.

aku rasa sudah sampai masanya orang politik - Umno, PKR, PAS, MCA, MIC - berasa insaf. Jauhilah daripada badan sukan.

Cukuplah anda memporak porandakan negara. Berilah sedikit ruang kepada sukan tanahair menghirup udara segar.

Setidak-tidaknya kami dapat melupakan kemelut politik buat sejenak kalau Malaysia berada di Piala Dunia, Kejohanan Dunia, gemilang di Sukan Asia, Olimpik dan Komanwel.

Tolonglah!!!!

Bang Joe said...

No 1 kasi turun laaa....

dah lama dahhhhhhhhh.....

jeebsion said...

Rizal,

I've got a rant about this that I've scribed in my blog --> http://www.jeebsion.com/blog/?p=1046

At the same time, I tend to agree with you on the penjawat awam .. but when it comes to politicians .. it will always be tricky ...

Kepada individual2 yang nak bertanding .. but at the same time ada banyak masalah kat PBN sendiri ... balik dulu laa pi tengok anak2 sendiri tak cukup makan .. lagi2 kat perlih dengan penang nuh ...

dok kira hat ataih2 jaa nak makan .. walhal hat bawah2 nie yang dok pecah peluh ...

The very basic thing for football continuity as an entertainment industry is the player+fan .. bukan nak tengok ahli2 exco sangat kat VIP stand ... but yes .. the exco/managerial line is to make sure player+fan being well attended ..

ini tidak ... ada pulak klausa yang mengatakan tidak dibenarkan mengkritik secara terbuka dalam FAM .. since when FAM is about the EXCOs or the line of execs or the technical entities? Nampak sangat tujuan FAM adalah untuk serve certain individual saja ...

This is not Roman Empire where the gladiators wrestle among themselves to please the so-called nobles.

I urge everyone come back to the very basics .. why is there a need for an organization like FAM? Answer that very question .. and let us see what's what after the election ...

sghozi said...

jeebsion : from your comment,just 1 thing i can say to u.....correct....correct....correct.....

Unknown said...

..agreed wholeheartedly with Jeebsion, lc..FAM is not the place for someone to start a dynasty..

Anonymous said...

mau tgk penyelesaian jgn tongok pada pucuk atau dahan pokok tgk pada akarnya. habis satu lautan dakwat pun tak selesai. cakap org itu salah..org ini salah. dah mmg baka buat salah.nak buat mcm mana.

tgklah muka2 yg bertanding. cubalah kaitkan dgn senario politik. ada muka yg langsung x tau nak cermin diri. ambil satu contoh dari mat penang tu dah la..tlg lah sedar diri skit nak .jadi calon pun.

Senario politik tanahair perlu berubah..perubahan pula akan memakan masa berpuluh tahun utk bersihkah Persatuan2 sukan dari penyangak yg rasa dirinya bagus..

Alfred Jabulani said...

Siapa yg boleh janjikan berikut:

(i)Program long term (at least 2 generations +(-)25 years di mana a pool of 5000 kids are groomed till they are 17/18/19/21/23 to become suitable for a football league.

(ii)club and competition structure during that period to grow in tandem with the programme above

(iii)fan structure to ensure there is support for the clubs.

..itulah org yang patut teraju FAM.

FJ said...

bagi saya sapa2 yang nak pegang jawatan tu dah tak pnting lagi. sebab sapa2 pun memang ada kepentingan.

yang penting sekarang ialah yang pegang jawatan tu mampu mendapatkan kewangan yang banyak untuk fam. asalkan boleh hantar pemain2 kita berguru di luar negara dengan lebih banyak...