Saturday, July 10, 2010

Singalautmetro

Apabila aku diletakkan di meja am Harian Metro sebagai antara latihan amali kursus PETSIV NSTP, antara mentor aku ialah Hamid Karim. Beberapa kali aku mendapat byline tumpang lori muka depan. Maknanya, tumpang byline Hamid lah...pemandu bas dipukul di Air Panas, tangki air kotor di Stesen Bas Klang dan macam-macam lagi. Tugas aku menginterviu individu terbabit, balik ofis Hamid yang ketuk story. Harian Metro ketika itu baru beberapa bulan beroperasi. Terasnya Datuk Mior Kamarul Shahid, Ahmad Puad Onah, Abdul Ghafar Ismail, Ahmad Al-Husna, Idros Ali, Razak Rafflis, Johari Mohamad, Abu Bakar Atan dan Adam Salleh, sekadar menyebut beberapa nama.

Tidak lama dahulu, Zurina Waji memaklumkan kepadaku mengenai status kesihatan Hamid. Baca di sini. Namun seorang wartawan dan penulis tidak hilang sentuhannya, dalam apa keadaan sekalipun. Blog Hamid di sini kekal mencabar minda.

No comments: