Wednesday, January 19, 2011

Ke udara di Kerusi Panas

Apabila bekas wartawan Utusan Malaysia, Marcus King, menjemput aku untuk berbincang topik bola sepak dalam program Kerusi Panas rangkaian Bernama Radio 24 minggu lalu (11 Januari), aku tidak berfikir dua kali. Sampaikan tugas mengambil anak balik sekolah kuserahkan kepada orang rumah.

Program ini ke udara dari Isnin hingga Jumaat jam pada 6.30 petang.


Ini rupa-rupanya kerusi panas di Radio24


Bersama hos/peneraju Zulkifli Bujang (kanan), seorang selebriti tv yang selalu kutontoni sejak dia bertugas di Angkasapuri dan penerbit Radio24, Marcus King


Buah tangan untuk dibawa pulang

Berinteraksi dengan pendengar dan pemanggil secara langsung sebenarnya cukup menarik. Beberapa soalan yang direct dilontarkan kepadaku, sama ada daripada Kifli dan lebih 20 pemanggil.

Antaranya, "secara jujur, saudara Rizal, apakah pasukan negara menang Piala AFF kerana nasib?"

Aku jawab: "Setiap pasukan yang muncul juara perlu nasib untuk menang. Sepanyol memerlukan gol masa tambahan untuk menang Piala Dunia, jangan lupa jika Arjen Robben menewaskan Iker Casillas selepas mendapat lorongan Wesley Sneijder, barangkali kesudahan final itu berbeza. Kita harus beri kredit kepada pasukan, mereka berjuang dan bangkit selepas tewas pada perlawanan pertama dan akhirnya mencipta sejarah."

"Apa pendapat saudara mengenai pembabitan kerabat diraja dan ahli politik dalam pentadbiran bola sepak?"

Aku jawab: "Kita sebenarnya tidak dapat lari daripada naungan politik atau political patronage disebabkan sistem kita state-based. Tidak dinafikan sumbangan ahli politik misalnya Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris pengurus pasukan negara ke Sukan Olimpik di Munich pada 1972. Tan Sri Annuar Musa membawa transformasi di pasukan Kelantan. Kita lihat juga bola sepak turun naik di bawah teraju Sultan Ahmad Shah. Yang penting sebenarnya kalau di peringkat FAM, anggota sekretariat yang profesional, ketua jabatan yang profesional kerana dibayar gaji berbanding ahli politik atau kerabat diraja yang rata-rata sukarelawan."

"Apakah ganjaran kepada pasukan negara terlalu banyak?"

Aku jawab: "Ya agak melampau, biarlah berpada-pada kerana kita baru juara di peringkat Asia Tenggara. Pemain berhak diberi imbuhan tetapi biarlah ganjaran itu sesuai dengan standard."

"Kita lihat tanpa kehadiran pemain import, pemain tempatan menonjol dan akhirnya kita juara Sukan SEA dan juara Piala Suzuki AFF?"

Aku jawab: " Apabila FAM mengumumkan larangan pemain import pada 2 Ogos 2008, saya tidak setuju. Bagi saya harus ada pemain import bukan saja untuk menarik minat penonton selain menaikkan standard liga, tetapi juga untuk mendedahkan pemain kita kepada perangai seorang pemain profesional, datang latihan awal, pulang lewat, cara pemakanan dan sebagainya. Tetapi kena pastikan pemain itu ada jumlah caps antarabangsa tertentu, bermain dalam Piala Dunia, Piala Asia atau sekurang-kurangnya mewakili negara. Ini tugas jawatankuasa FAM untuk menyaring. Kalau kita lihat liga sekitar Asean ada pemain import, liga besar-besar semuanya ada pemain import. Kalau tidak dua, hadkan sekurang-kurangnya satu pemain import yang benar-benar berkualiti."

"Apa jadi pada MyTeam?"

Aku jawab: "Bagi saya ia gagal...ia sekadar satu platform politik. Tapi ada seorang pemain yang akhirnya mewakili negara - Azmi Muslim, bek kiri Kedah. Saya masih ingat apabila pertemuan diadakan pada 28 Mei 2006, pemain negara diejek dimaki hamun, akhirnya ramai di kalangan mereka yang menganggotai pasukan negara menjuarai Piala Suzuki AFF. Saya faham ketika itu penyokong MyTeam berbuat demikian sebagai satu manifestasi kekecewaan terhadap senario bola sepak tempatan dan FAM tetapi di mana mereka sekarang?"

5 comments:

Anonymous said...

chanel berapa radio 24 ni? tak pernah aku dengar...ke untuk depa kat KL jer?

Tengku Firmino said...

Psal pemain import memang saya tak setuju ianya tidak dibenarkan..Walaupun Rajagopal ada menyatakan selama ini kita ada pemain import dan kita tidak menjuarai Piala AFF ini dan kita juara semasa liga tiada pemain import..memang betul tapi kita kene ingat..adakah kita ingin berada ditakuk itu sahaja..kehadiran pemain import sebenarnya memberikan cabaran yang berbeza kepada semua pemain..berbanding apabila kita bermain sesama sendiri..tapi kita kena ada penapisan dan pemantauan terhadap pemain luar yang ingin bermain dalam liga malaysia..so kita boleh hindarkan pemain import yang tidak berkualiti..apabila pemain import berkualiti, liga juga akan menjadi lebih kompetitif dan lebih berkualiti..

saffmukmin said...

sedih juga dengan pemain My-Team.masih ingat penjaring gol pertama bangsa India nama apa tak tahu..masih main kah dia?

kalau tahunya dek FIFA secara sbnrnya My-Team adalah kerana politik,memang kena gantung FAM ni..

saya setuju kalau pemain import di bawa masuk tetapi perlukan syarat khas,bimbang pasukan yang kerdil dan tak cukup duit tak ada dana khas untuk beli pemain import yang berkualiti..last2 pemian yang cikai je datang..xmeriah jg liga..

apa2pn, selangor memang pasukan sejarah, yang lain juga dalam menempa sejarah.cuma jangan la tahun 2011 ni media, FAM menidakkan pasukan lain untuk mencipta sejarah dengan laporan media yang tidak adil dan serata..kalau hari2 dok baca tang selangoer je,boring wehh..pasukan lain banyak lagi yang nak naik.paling kurang Astro Arena boleh juga siarkan pasal pemain2 dari kelab yang baru nak mencipta sejarah ni..

all the best bro rizal hashim.

p/s-permohonan minta maaf anda adalah sesuatu yang menarik dalam kes posting anda sebelum ini.

Anonymous said...

salam saudara rizal hashim,

sy mohon jasa baik saudara rizal agar dapat memohon pada pihak astro arena utk menyiarkan semula perlawanan2 liga semi pro sekitar tahun 91-93,tahun kegemilangan liga bola sepak malaysia dengan kewujudan pemain2 import yg amat berkualiti ketika itu..jika sekiranya cadangan ini munasabah.

tq in advance

khattab

Bekas Balai Riong said...

Mr Muhammad Rizal Hashim,

I'm happy to see you doing well, my friend.

I'm also happy to see that you have taught Haresh Deol well.

All the best.