Tuesday, August 16, 2011

Azahar Taib - a Pressman

Secara tidak sengaja aku terjumpa blog penolong pengarang sukan Harian Metro, Azahar Taib. Seorang sahabat yang sama-sama buat liputan dengan aku di Sukan SEA Jakarta 1997, pra-Piala Dunia di Hong Kong 2001, pra-Piala Asia di Bahrain 2003 dan Sukan Olimpik Athens 2004. Aku tidak dapat lupakan berkongsi bilik dengan dia di Athens, tapi tidak bertegur sapa dalam dua tiga hari kerana perselisihan faham. Sekalipun aku tidak sentiasa bersetuju dengan Azahar, kolumnya tetap menggamit memori dan unik dengan susunan ayat yang menyentuh kalbu. Baca himpunan kolumnya - daripada isu Allahyarham Datuk Padukan Ahmad Basri Akil hingga gelagat orang luar - di blog bergelar Me...A Pressman.


Azahar dan aku selepas solat Eiduladha di Hong Kong 2001

3 comments:

MatRock said...

LC ada cover Jakarta 1997 ka? tarak jumpa pon..

Anonymous said...

Bro apa kelas lu jemput itu haresh. Cakap saja macam tin kosong. Bikin jatuh standard lu punya show.

Anonymous said...

Woii biaq la en rizal nak jemput sapa saja dia nak. Bukan ke itu rancangan dia.

Anyway en rizal cakap senang buat belum tentu senang