Sunday, January 8, 2012

Emas terlucut jika positif

Jika sampel air kencing B seorang pelari 4x400m negara didapati positif, nampak gaya kena tarik balik pingat emas yang dimenangi dengan penuh dramatik di Palembang, November lalu. Habis, majlis PM kalung pingat kepada mereka, macam sia-sia saja!

Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA Palembang/Jakarta, Datuk Naim Mohamad, sampaikan surat rasmi memohon ujian sampel B terhadap pelari 4x400m negara kepada wakil jawatankuasa penganjur Sukan SEA (Inasoc), Indra Kartasasmita sambil diperhati pengurus besar Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Fong Wan Hor..

Ini bukan kes pertama membabitkan atlet kita. Pada 1989, strychnine dikesan dalam sampel pelari berpagar, Zulkifli Mohd Yatim, yang mempertahankan bahawa ia berpunca daripada ubat batuk yang diambilnya. Dia menang pingat emas 110m dengan catatan 14.57s. Pada September 1996, akhbar the Sun mendedahkan Azmi Ibrahim gagal ujian doping setelah contoh air kencingnya mengandungi furosemide. Dia digantung empat tahun tetapi dikurangkan kepada dua tahun setelah IAAF mengurangkan tempoh hukuman. Sambil berehat, Azmi bermain bola...

Mei tahun lalu, tercetus tanda tanya apabila enam pelari gagal menyediakan sampel air kencing kepada Institut Sukan Negara (ISN).

Pelari yang dimaksudkan Nadi Arena sudah sedia menceritakan bagaimana dia diberi suntikan yang membawa kesan sampingan!

Ada satu cara memastikan bahawa ini satu komplot pihak tertentu dan atlet terbabit tiada pilihan. Semua atlet yang menjalani latihan pusat di Miri harus menjalani ujian doping. Jika mereka gagal, bermakna ada sesuatu yang tidak kena!

13 comments:

Coach K said...

Atlet2: "Macam mana Nak jawab ni Coach K"
K: " Jawab seperti biasa"
Altlet2: "Huh?"
K: "Bodoh betul! Kami semua demam dan batuk. Doktor bagi ubat batuk..lah!"
Atlet2: "Baik Coach K. Kami menurut perintah"
K: "ingat...Jangan nak pandai-pandai"
Atlet2: ...

Tiger Mizie said...

Kes bahan terlarang kali ini adalah sungguh berlainan dari kes-kes yang lain. Mungkin kes atlet angkat berat boleh dikatakan berlainan dgn kes atlet olahraga. Dari awal lagi agak sukar dijelaskan bagaimana masalah doping pelari 4x100 wanita dikuburi dgn penerbangan ke luar negara atas alasan "Berlatih" . Satu siasatan bukan sahaja siasatan oleh MOM atau MSN atau Kementerian Belia dan Sukan perlu dijalankan, tetapi perlu kerjasama Polis dan SPRM perlu diadakan. Ini isu SERIUS.

Anonymous said...

Cuba atlet sama tida diberi elaun...taulah dia nak bising! Pamerkan aksi macam kambing nak kena sembelih.....

tok man said...

Saya tonton perbincangan Cafe Sukan yang membincangkan perkara tersebut tetapi pandangan saya Dato Mazlan kurang komited dalam kes ini kerana nampak nak mempertahankan MSM dan ISN dalam kes ini. Soalan Rizal adalah relevan tetapi nampaknya beliau mempertahankan yang pegawai/jutulatih tetap atlit tak bolih dipaksa.....soalannya disini siapa pakar dalam hal latihan, mesti jurulatih/pegawai! Jadi tidak perlu dipaksa hanya beri 'ubat' tersebut sebagai pil vitamin saja!

rizal hashim said...

tok man, bukan datuk mazlan, datuk dr ramlan...

Sank anvil said...

Nak, betulkan KOM susahlah bro. Baru semalam depa bawak masuk depa punya perisai iaitu kambing tua dari MOM ke mesyuarat KOM yang tergempar di bukit jalil.

Depa semua nak cover kes dadah ini. Hancurlah sukan olahraga. Atlet jadi mangsa dan pengurusan nak tunjuk terra.

KOM tutup kedai sajalah. Shahidan & Karim berundurlah demi menyelamatkan sukan olahraga. Menteri patut tubuh KOM Baru macam Taekwando baru la betul. Jangan ugut saja.

Datuk Main said...

Betullah kata Akhbar di Kafe Sukan. DNM gi Jakarta nak kowtim kot.

Anonymous said...

Aku dengar cite Doktor Bulgaria yang suntik atlet2 dgn steroid. Apabila jurulatih local tanya "what you give" jawabnya "vitamin". Dengar pulak cite Doktor itu takde kelulusan diMalaysia. Dayang sebagai tourist. Ala biasala macam amoi-amoi dari China pun samaje.

Yang peliknya, sape yang lantik doktortu? Hmmm..
Dengan izin kena soal KOM!

Datuk K.A said...

Sampel Air Kencing 'A' positif dadah steroid. Sampel 'B' senyapje...jangan2 DNM dah intercep kat Jakarta kot.

Dia suka bertanggungjawab..kan

Abdullah Karim Kimma said...

Itu apek tua kat MOM kononnya kata dokumen2 ujian air kencing sudah hilang. Kalau la betul..hmmm..selamatla aku..wakaka

addy said...

Bro...apa ni? pegi tgk formasi on 25th jan 2012....komen sikit...bagi ulasan tak betul...mangkuk la tu....please be fair to all...jgn nk kutuk all those people yg terlibat in sport aje...patutnya bagi komen sekali utk pihak astro tu...ke takut sbb tempat cr makan?????????????

Maya said...

one more please advise all the people at astro when they are responsible as one of the commentator utk bolasepak game...please be professional...jgn berat sebelah & berpihak pada certain2 team...like selangor or nogori....if they cannot be fair/professional...better dok belakang tabir je...cr makan biar..tak rasake kalau tak fair/professional rezeki yg dpt tu bg family makan??????belajarlah dr org lama macam Hj hasbullah...tak pernah nk berat sebelah atau kutuk player.....

ADELIA said...

BRO...PD PANDANGAN SAYA SEBELUM MENGUTUK...PERSATUAN SUKAN MCM FAM & SESIAPA YANG TERLIBAT DLM FAM UTK MENJADI LEBIH PROFESSIONAL ...APA KATA U GIVE SOME ADVISE TO ALL THE PENGULAS SUKAN AT ASTRO ARENA...DIDIK ALL UR FRIENDS AT ASTRO TU JD PROFESSIONAL DULU SEBELUM AJAR ORG LAIN UTK JD PROFESSIONAL...BAIKI YANG DALAM RUMAH TU DULU SEBELUM NAK BAIKI ORG YANG KAT LUAR...KALAU ORG YG DEKAT DENGAN KITA PUN TAK BOLEH NK SURUH BERUBAH...JGN MIMPILAH NK BAIKI LIGA BOLA KITA??????????ITULAH ASYIK MENDONGAK KE LANGIT SAMPAI LUPA PD RUMPUT YG DIPIJAK