Wednesday, July 27, 2016

Kerjasama Astro Arena dengan Kinslager




Kuala Lumpur, 21 Julai 2016 – Astro Arena dan Kinslager Boutique Tailor menjalin kerjasama melalui perjanjian persefahaman tajaan pakaian rekaan korporat dan profesional selama dua tahun.

Menerusi kerjasama ini, Kinslager menaja pakaian buat 20 personaliti Astro Arena tampil dengan imej baharu yang lebih dinamik dan segar sempena temasya sukan terbesar dunia, Olimpik Rio 2016 yang akan bermula pada 3 hingga 21 Ogos ini nanti.

Sepanjang tempoh tajaan, Kinslager bukan hanya menaja pakaian seperti blazer, jaket, skirt yang selesa dan berkualiti tinggi direka mengikut bentuk badan personaliti masing-masing, malah turut memberikan khidmat nasihat serta perunding imej.

Selain untuk Rio 2016, penampilan dan imej kemas penyampai-penyampai ini akan turut dilihat di dalam program-program majalah TV Arena yang lain termasuk liputan temasya Sukan SEA, Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata ini adalah satu perkembangan positif dimana syarikat korporat seperti Kinslager sudi memberi tajaan pakaian mereka.

Ini membuktikan industri penyiaran sukan juga mempunyai nilai komersial yang tinggi di dalam dunia fesyen tempatan. Selain itu, tajaan ini juga bertepatan dengan kehadiran temasya sukan terbesar dunia Olimpik, Rio 2016.

“Kami berbesar hati dan sentiasa terbuka untuk berkerjasama dengan syarikat korporat seperti Kinslager demi meningkatkan lagi imej penyiaran sukan tempatan. Kami percaya dengan tajaan yang diberikan ini mampu meningkatkan lagi semangat dan profesionalisme penyampai sukan Arena. Konsep rundingan imej juga adalah penjenamaan diri yang mampu membentuk keyakinan diri dalam penampilan dan penyampaian mereka di hadapan kamera,” kata Choong Kay.



 Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kinslager, Niels Strohkirch, berkata koloborasi bersama Astro Arena telah bermula dengan tajaan pakaian buat penyampai Arena pada temasya Sukan SEA ke-28, Singapura tahun lalu.

“Jalinan kerjasama ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan memandangkan Astro Arena seperti yang umum sedia maklum adalah sebuah nama besar dalam arena sukan negara serta memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan imej sukan dan juga personaliti sukan Malaysia.


 “Fesyen dan sukan yang dahulunya dilihat satu cabang berbeza dan sukar diadun bersama, kini segalanya berubah. Kedua-dua bidang ini semakin saling berkait. Malah, sebilangan atlet terutama di luar negara gemar bergaya biarpun ketika sedang beraksi cergas di lapangan masing-masing. dan menjadi ikutan peminat. Perkembangan baik ini mendorong kami untuk berkoloborasi bersama Astro Arena sekali gus memperkenalkan jenama Kinslager kepada warga sukan tanah air.”

 Kinslager ialah butik pakaian dari pakar Jerman yang berpangkalan di Malaysia - ditubuhkan pada tahun 2007. Keistimewaaan pakaian unik yang ditempah dan direka khas ini boleh didapati di butik yang beroperasi di ibu kota, Kuala Lumpur. Reka bentuk warisan Jerman ini terserlah menerusi gabungan gaya barat dengan disatukan dalam ciptaan pakaian tradisional Asia. Matlamat Kinslager adalah untuk memenuhi setiap permintaan dari harga yang rendah sehingga tempahan pakaian jahitan mewah. Reka bentuknya yang anggun selesa dipakai ini terdiri daripada sut, kemeja, seluar panjang, jaket, tali leher serta bowties untuk pakaian kasual mahupun untuk pakaian sukan golf. Anda juga boleh mendapat rekaan seperti Tuxedos, Cutaway Coats, Morning Coats, White Tie atau German “Frack” yang ditawarkan. Sudah tentu pakaian ini bukan hanya untuk golongan lelaki sahaja malah disediakan untuk wanita juga. Rekaan Kinslager menampilkan jahitan berkualiti dengan lubang butang buatan tangan, jahitan kemas dan jahitan dalaman sutera. Jaket kanvas juga direka bersesuaian dengan buatan cara tradisional di Kinslager. Selain gaya formal atau kasual, Kinslager juga menerima tempahan untuk pakaian tradisional Malaysia/Asia seperti Baju Kurung, Baju Batik, Cheongsam atau pakaian Eropah tradisional sepeti Dirndl, Lederhosen dan Scotland Kilts. Untuk pelanggan korporatnya, Kinslager menawarkan reka bentuk yang disesuaikan untuk keperluan kerja seharian atau untuk majlis-majlis tertentu yang memerlukan penampilan yang istimewa.



No comments: